Wacana Ku untuk semua... Powered by Blogger.
RSS

RANCANGAN PENGAJARAN MIKRO

RANCANGAN PENGAJARAN MAKRO
Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup (Masakan)
Tahun : Kelas Pendidikan Khas Unit 3
Bilangan Pelajar : 6 orang
Tarikh :
Masa : 8.30 pagi – 9.00 pagi
Tajuk : Masakan – Peralatan  menghidang
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1.    Menamakan  peralatan menghidang.
2.    Melakukan cara menghidang yang betul.
Nilai : bekerjasama, patuh kepada arahan, memberi  perhatian,berhati-hati,menjaga kebersihan,yakin diri.
KBKK :
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah mengenal peralatan di dapur
Alat Bantu Mengajar : peralatan menghidang, kad  bergambar, muzik




Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran :

KAEDAH/
TEKNIK
AKTIVITI
PENILAIAN
BBM/CATATAN
Set induksi
( 5 minit)

Permainan kotak bermuzik”

1.    Murid menjalankan permainan kotak bermuzik  dan apabila muzik berhenti murid yang memegang kotak dikehendaki menunjukkan gaya sesuatu.
2.    Murid yang lain cuba meneka gaya yang ditunjukkan oleh rakan mereka.

-Soal jawab
-          Muzik
-         Kotak


Langkah 1
(5 minit)
1.    Guru menunjukkan  dan menerangkan gambar alatan menghidang melalui kad gambar  .
2.    Murid menamakan alatan menghidang dengan bimbingan guru seperti : pinggan,mangkuk, sudu, garpu, cawan, piring, gelas,teko,jag,dulang dan tudung saji.

-Soal jawab
Menyatakan nama alatan yang betul .

Kad gambar




Langkah 2
( 5 minit)
1.    Guru menunjukkan
( benda maujud)
-piring, cawan , piring kuih, teko, kuih, air dan dulang.
alatan menghidang untuk minum petang.
2.    Murid menamakan alatan menghidang untuk minum petang tanpa bantuan guru.

-Soal jawab





Benda maujud
-          Piring & cawan
-          Teko
-          Piring kuih dll

Langkah 3
(12 minit)
1.    Guru menerangkan dan menunjukkan alatan yang diperlukan untuk minum petang dan cara-cara menghidang.
2.    Murid diminta mendemontrasikan cara cara menghidang untuk minum petang secara individu dengan bimbingan guru.
3.    Guru mengedarkan lembaran kerja murid.
4.    Guru meminta murid menamakan gambar yang dilihat dan menyenaraikan alatan bagi hidangan minum petang.



-          Latihan pengukuhan

Benda maujud
-          Piring
-          Cawan
-          Teko
-          Dulang  dll
-           
Lembaran kerja
Penutup
( 3 minit)
“ Permainan teka teki”
1.    Guru memanggil seorang murid ke hadapan untuk memilih kad gambar.
2.    Murid yang dipilih mengambil satu kad dan meminta rakan yang lain meneka gambar yang dipilih.
3.    Murid yang meneka dengan tepat diberikan ganjaran kek.

4.    Rumusan:

Kognitif: Guru membuat rumusan tentang pelajaran hari ini.

Sosial: Guru memberikan pujian dan galakkan kepada murid yang terlibat aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.



-          Soal jawab
-          Kad gambar
-          Ganjaran




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SAYA DAH ADA BLOG!!!!

Kawan2 saya ramai bertanya *walhal, sorang je pun!*… Kenapa saya berblogging? Nah, ini jawapan untukmu kawan… Hopefully, kau akan berpuas hati.


Saya sememangnya berblogging sekadar untuk suka2. Pada peringkat awal penglibatan saya di dalam dunia ini… saya sangat naif! Pengetahuan saya ‘zero’!! Aku tak faham istilah follower, widgets bla bla bla… Apa jadah?!! 


Jadi, itu menaikkan lagi minat saya terhadap blogging… saya buat research.*Fuyohh!* Saya pergi blog ke blog… Mencari idea! Mostly, apa yang saya dapat simpulkan bahawa kebanyakkan blog mereka bercerita perihal diri. Ada jugak yang berkongsi maklumat. Macam2 lah! 


Akhirnya, saya dah tetapkan bahawa genre blog saya adalah blog ACARA BEBAS. Sekadar suka2 berkongsi dengan para pembaca.


“Kalau hal2 peribadi pun… Story kat blog ke?”


Jawapannya, tak! saya sebelum post entry… saya akan tapis sebaik mungkin. Cara penulisan, isi kandungan… Agar tiada menyentuh sensitiviti mana2 pihak. Huih! saya tak mahu cari pasal… Kang kena saman kang… saya jugak yang susah! Hahaha.


Keseronokkan berblogging adalah apabila ada orang komen entry2 kita. Bagi saya, itu menunjukkan entry yang saya ‘post’kan dapat menarik orang untuk membaca. Bila follower bertambah, lagi2 lah seronok! 


Kadang2, kita sedih apabila suara kita tak didengari. Daripada berblogging lah… Suara kita dapat didengar! OK2. Blog bukan video… Jadi, suara kita di’convert’ menjadi tulisan untuk dibaca. Hehehe. Dalam blog lah kita dapat bagitahu semua orang apa yang kita rasa mengenai sesuatu perkara… Pendapat dan sebagainya! 


Mungkin ada yang fikir yang blogging adalah perkara yang membuang masa. Blogging juga adalah hobi sepertimana bermain futsal, membaca novel, menjahit selimut dari kain2 perca.*Eh?* Hehehe. Bila seseorang dah suka berblog, dia tak akan fikir blogging adalah perkara yang membebankan. Sebab… kita seronok melakukannya!


Kesimpulannya, berblogging adalah salah satu cara sihat untuk menghabiskan masa2 terluang saban hari. Ianya jugak seronok untuk dilakukan! Frankly speaking, blogging is my passion. As long as I can still typing on the keyboard, I’ll serve my readers with my writing.


Agak panjang, kan? Tiba2 idea mencurah2 ke ladang gandum… Hahaha.


What can I say? I just love blogging…


Wasalam…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

APA ITU PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas ialah suatu program pengajaran yang direka bentuk berpandukan ciri-ciri individu untuk memenuhi keperluan individu yang berpendidikan khas. Matlamat paling penting dalam pendidikan khas ialah untuk mencari dan membangkitkan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas. Pengajarannya yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum biasa atau perkhidmatan sekolah biasa.

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas ( Hallahan &Kaufman 2000)

Mengikut Heward (2000) pula pendidikan khas boleh diterangkan dalam pelbagai perspektif. Pendidikan khas sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus atau mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan pelajar daripada penyertaan aktif dalam sekolah atau masyarakat. Oleh itu Pendidikan Khas secara umumnya didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Ia merupakan satu program pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya yang tidak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal. 

SIAPAKAH KANAK-KANAK KHAS?
Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak yang sederhana ataupun biasa 
( 1) dalam ciri-ciri mental
 ( 2) keupayaan deria
( 3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal
( 4) dalam tingkah laku social- emosi
( 5) dalam keupayaan komunikasi atau
( 6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan maksima.

VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

PERISTIWA PENTING YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS
1)DEKLARASI HAK-HAK KEMANUSIAAN SEJAGAT ( 1948) meliputi hak bagi setiap individu mendapat pendidikan yang menekankan ‘ keperluan –keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.

2)Pada tahun 1959 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU( PBB) telah mengisytiharkan HAK KANAK-KANAK SEDUNIA dimana mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi kanak-kanak normal.

3)AKTA PELAJARAN 1961 dalam bahagian 1 ( tafsiran)- dinyatakan bahawa sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan yang khas untuk kanak-kanak kurang upaya.

4)LAPORAN JAWATANKUASA KABINET ( 1978)- mengkaji dasar perlaksanaan pelajaran melalui PERAKUAN 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Di mana tanggungjawab kementerian tertentu adalah sebagaimana berikut:

  • Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak yang bermasalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran( terencat akal ) yang boleh didik.
  • Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastic.
  • Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti diperingkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan yang berisiko

Selain daripada itu dalam Laporan jawatankuasa Kabinet tersebut juga Akta Pelajaran 1961 telah disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.

SIAPAKAH KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Kanak-kanak lazimnya setelah melalui suatu program pendidikan, jurang perbezaan penguasaan mereka dapat dikurangkan. Namun terdapat sekumpulan kecil kanak-kanak di mana cirri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka yang berbeza daripada norma sehingga mereka memerlukan program pendidikan yang khusus iaitu Pendidikan Khas. Ini termasuklah juga kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang jauh tinggi dari norma umur mereka. Kumpulan pelajar ini merupakan kanak-kanak berkeperluan khas.

SIAPAKAH KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Kanak-kanak lazimnya setelah melalui suatu program pendidikan, jurang perbezaan penguasaan mereka dapat dikurangkan. Namun terdapat sekumpulan kecil kanak-kanak di mana cirri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka yang berbeza daripada norma sehingga mereka memerlukan program pendidikan yang khusus iaitu Pendidikan Khas. Ini termasuklah juga kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang jauh tinggi dari norma umur mereka. Kumpulan pelajar ini merupakan kanak-kanak berkeperluan khas.
JENIS-JENIS MASALAH MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
* Kerencatan akal
* Masalah Penglihatan
* Masalah Pendengaran
* Masalah tingkah laku/emosi
* Masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
* Palsi Serebral
* Masalah pembelajaran spesifik
* Masalah komunikasi dan bahasa
* Masalah Autisme
* Masalah pintar cerdas
Oval: KANAK-KANAK BERKEPERLUAN  KHAS
PELAKSANAAN PENDIDIKAN KHAS

PENYAMPAIAN
Penyampaian pembelajaran dengan menggunakan kaedah tertentu. Contohnya penggunaan bahasa isyarat.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Strategi pengajaran yang khusus yang sesuai dengan jenis ketidakupayaan murid.

PERALATAN
Alat yang membantu proses pendidikan seperti alat bantuan pendengaran bagi kanak-kanak pekak dan mesin Brailler bagimereka yang buta.

BILANGAN PELAJAR DALAM KELAS
Bilangan pelajar dalam kelas Pendidikan Khas di Malaysia ialah 5-10 orang murid dan jumlah ini dalam proses penambahbaikan sehingga menjadi nisbah guru-murid 1:1 pada masa akan datang.
GURU PENDIDIKAN KHAS TERLATIH
Guru-guru dilatih khas untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas seperti masalah pembelajaran, masalah penglihatan dan masalah pendengaran. 

PENGUBAHSUAIAN KURIKULUM
Kandungan kurikulum diubahsuai dengan mengambil kira jenis keupayaan murid.

AKTIVITI KOKURIKULUM
Diubahsuai dengan jenis murid berkeperluan khas

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AKTIVITI TERAPI MOTOR HALUS

Mengentel tisu untuk dijadikan 
'Jalur Gemilang'

Cara-cara menggulung kulit popia

Kulit popia digulung diatas pingan

Lepas digulung, mestilah kulit popia tadi digoreng

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TERAPI MOTOR HALUS




Keperluan Terapi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Murid Berkeperluan Khas
oleh
DR. HAJJAH YASMIN BINTI HUSSAIN
Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagaipendidik, guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi danseterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimumPengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai (Yasmin, 2000;Khatijah & Yasmin 2006). Ini bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak ini melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor mereka.
Kanak-kanak berkeperluan khas yang datang ke sekolah kadang-kadang mempunyai masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah motor, sosialisasi dan masalah emosi. Bagi membantu kanak-kanak inimencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka, antara yang boleh dijalankan oleh guru-guru ialah terapi.
Keperluan Terapi
Terapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak balas terhadap aktiviti atau kemahiran.

“Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan menyebabkankefungsian badan secara normal”
(Kamus Perubatan Mosley, 2001)

Dalam konteks Pendidikan Khas, terapi merupakan kaedah bagi membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran danpembelajaran.

Antara kepentingan terapi ialah bagi meningkatkan daya pengamatan murid-murid, meransang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran serta meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mereka. 

Di samping itu, melalui terapi juga guru-guru dapat melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif lagi menyeronokkan. ( G. Eliana, 2008, S. Pengilly, 2008; Z. Ibrahim, 2009).

Terapi-terapi yang boleh dilaksanakan ialah:
i) terapi fisio
ii) terapi kuda
iii) terapi cara kerja
iv) terapi pertuturan
v) terapi muzik dan pergerakan kreatif
vi) terapi seni
vii) terapi air/hidro
viii) terapi pasir
ix) terapi main
x) terapi alternative

Contoh
Seorang kanak-kanak sindrom down yang mempunyai masalah pergerakanserta mempunyai masalah pertuturan dan pengamatan.

Aktiviti terapi:
Terapi motor kasar – berjalan, berlari, gallop dan lompat di garisan lurus, di garisan bengkok dan menggunakan alatan seperti bangku.
Terapi pengamatan (visual, auditori dan tactile) – melihat gambar bertindih, mencari benda tersembunyi dalam gambar, membeza bunyi-bunyian dan menyentuh/merasa jenis permukaan
Terapi motor halus – memegang pensel dan menconteng atas kertas
Terapi kuda – menunggang kuda serta membetul postur badan dan perkembangan emosi.
Terapi pasir – meramas pasir, menconteng atas pasir, bermain dengan pasir untuk kemahiran motor halus.
Terapi air – bermain dengan bola dalam air bagi pengukuhan pergerakan dan perkembangan otot.

Pada kesimpulannya, guru-guru perlu didedahkan kepada aktiviti terapi bagi memantapkan penyampaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas. Aktiviti-aktiviti terapi boleh dijalankan di sekolah atau di luar premis sekolah secara kumpulan atau individu bagi meningkatkan keupayaan kognitif, efektif, psikomotor dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS