KAEDAH/ TEKNIK | AKTIVITI | PENILAIAN | BBM/CATATAN |
Set induksi ( 5 minit) | Permainan kotak bermuzik” 1. Murid menjalankan permainan kotak bermuzik dan apabila muzik berhenti murid yang memegang kotak dikehendaki menunjukkan gaya sesuatu. 2. Murid yang lain cuba meneka gaya yang ditunjukkan oleh rakan mereka. | -Soal jawab | - Muzik - Kotak |
Langkah 1 (5 minit) | 1. Guru menunjukkan dan menerangkan gambar alatan menghidang melalui kad gambar . 2. Murid menamakan alatan menghidang dengan bimbingan guru seperti : pinggan,mangkuk, sudu, garpu, cawan, piring, gelas,teko,jag,dulang dan tudung saji. | -Soal jawab Menyatakan nama alatan yang betul . | Kad gambar |
Langkah 2 ( 5 minit) | 1. Guru menunjukkan ( benda maujud) -piring, cawan , piring kuih, teko, kuih, air dan dulang. alatan menghidang untuk minum petang. 2. Murid menamakan alatan menghidang untuk minum petang tanpa bantuan guru. | -Soal jawab | Benda maujud - Piring & cawan - Teko - Piring kuih dll |
Langkah 3 (12 minit) | 1. Guru menerangkan dan menunjukkan alatan yang diperlukan untuk minum petang dan cara-cara menghidang. 2. Murid diminta mendemontrasikan cara cara menghidang untuk minum petang secara individu dengan bimbingan guru. 3. Guru mengedarkan lembaran kerja murid. 4. Guru meminta murid menamakan gambar yang dilihat dan menyenaraikan alatan bagi hidangan minum petang. | - Latihan pengukuhan | Benda maujud - Piring - Cawan - Teko - Dulang dll - Lembaran kerja |
Penutup ( 3 minit) | “ Permainan teka teki” 1. Guru memanggil seorang murid ke hadapan untuk memilih kad gambar. 2. Murid yang dipilih mengambil satu kad dan meminta rakan yang lain meneka gambar yang dipilih. 3. Murid yang meneka dengan tepat diberikan ganjaran kek. 4. Rumusan: Kognitif: Guru membuat rumusan tentang pelajaran hari ini. Sosial: Guru memberikan pujian dan galakkan kepada murid yang terlibat aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. | - Soal jawab | - Kad gambar - Ganjaran |
RANCANGAN PENGAJARAN MIKRO
SAYA DAH ADA BLOG!!!!
Kawan2 saya ramai bertanya *walhal, sorang je pun!*… Kenapa saya berblogging? Nah, ini jawapan untukmu kawan… Hopefully, kau akan berpuas hati.
Saya sememangnya berblogging sekadar untuk suka2. Pada peringkat awal penglibatan saya di dalam dunia ini… saya sangat naif! Pengetahuan saya ‘zero’!! Aku tak faham istilah follower, widgets bla bla bla… Apa jadah?!!
Jadi, itu menaikkan lagi minat saya terhadap blogging… saya buat research.*Fuyohh!* Saya pergi blog ke blog… Mencari idea! Mostly, apa yang saya dapat simpulkan bahawa kebanyakkan blog mereka bercerita perihal diri. Ada jugak yang berkongsi maklumat. Macam2 lah!
Akhirnya, saya dah tetapkan bahawa genre blog saya adalah blog ACARA BEBAS. Sekadar suka2 berkongsi dengan para pembaca.
Jawapannya, tak! saya sebelum post entry… saya akan tapis sebaik mungkin. Cara penulisan, isi kandungan… Agar tiada menyentuh sensitiviti mana2 pihak. Huih! saya tak mahu cari pasal… Kang kena saman kang… saya jugak yang susah! Hahaha.
Keseronokkan berblogging adalah apabila ada orang komen entry2 kita. Bagi saya, itu menunjukkan entry yang saya ‘post’kan dapat menarik orang untuk membaca. Bila follower bertambah, lagi2 lah seronok!
Kadang2, kita sedih apabila suara kita tak didengari. Daripada berblogging lah… Suara kita dapat didengar! OK2. Blog bukan video… Jadi, suara kita di’convert’ menjadi tulisan untuk dibaca. Hehehe. Dalam blog lah kita dapat bagitahu semua orang apa yang kita rasa mengenai sesuatu perkara… Pendapat dan sebagainya!
Mungkin ada yang fikir yang blogging adalah perkara yang membuang masa. Blogging juga adalah hobi sepertimana bermain futsal, membaca novel, menjahit selimut dari kain2 perca.*Eh?* Hehehe. Bila seseorang dah suka berblog, dia tak akan fikir blogging adalah perkara yang membebankan. Sebab… kita seronok melakukannya!
Kesimpulannya, berblogging adalah salah satu cara sihat untuk menghabiskan masa2 terluang saban hari. Ianya jugak seronok untuk dilakukan! Frankly speaking, blogging is my passion. As long as I can still typing on the keyboard, I’ll serve my readers with my writing.
Agak panjang, kan? Tiba2 idea mencurah2 ke ladang gandum… Hahaha.
Wasalam…
APA ITU PENDIDIKAN KHAS
- Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak yang bermasalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran( terencat akal ) yang boleh didik.
- Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastic.
- Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti diperingkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan yang berisiko