Wacana Ku untuk semua... Powered by Blogger.
RSS

ETIKA PROFESION GURU

TUGASAN 2
NO.
SOALAN

MARKAH
1(a)
Huraikan satu (1) isu yang melanggar etika profesion perguruan
10 Markah
1(b)
Huraikan  kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru.
10 Markah
1(c)
Kaitkan isu tersebut dengan satu (1) teori pembangunan sahsiah.
10 Markah

PENGENALAN
Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin  berjaya dalam apa jua bidang sekali pun perlulah mempunyai ciri-ciri seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut.
            Apa yang dimaksudkan dengan etika?. Istilah Etika atau ethic adalah berasal daripada perkata greek ‘ethos‘ yang bermaksud perwatakan atau keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut pengertian dari sudut Islam pula , etika adalah akhlak. Ianya merujuk kepada tingkah laku yang baik yang dituntut syarak.
            Menurut sarjana barat J.L. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang.
            Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese pula mereka mendefinasikan etika sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Menurut pandangan ahli falsafah pula, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia.
            Etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang bertanggungjawab yang menentukan tindakan individu yang boleh di terima dari segi moral. Setiap individu haruslah mempunyai etika yang dapat diterima oleh pihak masyarakat. Ketidak seimbangan etika individu sekarang ini banyak membawa kepada gejala-gejala yang tidak bermoral seperti rasuah dan sebagainya.
            Definasi Etika Profesional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan bidang yang profesional. Profesional boleh ditakrifkan dengan keupayaan dan kecekapan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta kepakaran.  Etika profesional pula ditafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral, profesional dan nilai. Kesimpulannya etika profesional ialah garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.
            Prinsip etika ini haruslah dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu dalam masyarat dalam apa jua perkara yang dilakukan. Tahap disiplin yang tinggi dan pemikiran yang positif berjaya menjadikan seseorang individu itu menjadi seorang yang beretika tinggi.
Isu yang dikemukakan

“ Recent news coverage of corruption scandal at some of the nation’s corporate giants has placed the spotlight on the importance of ethical teaching and training in order to counter this form of unhealthy practices. One of the social scientist had even proposed that the initial stage teaching and learning of ethics should start from primary schools until tertiary levels. The other stage should start from the time when he/she joined the workforce” 

            Setiap hari kita sering membaca dan mendengar di media tulis atau elektronik berkenaan dengan jenayah rasuah. Masyarakat kini sudah peka dan mula memandang serius dengan tentang permasalah rasuah kerana sedikit sebanyak akan menjejaskan ekonomi negara. Menurut badan yang bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibat rasuah Badan Pencegah Rasuah (BPR), terdapat tujuh takrifan berkenaan dengan suapan antaranya menerima wang, ganjaran, pangkat dan kedudukan, pembayaran sesuatu yang berharga atau menerima apa-apa jenis perkhidmatan itu adalah dianggap rasuah. Rasuah kini bukan saja dalam bentuk wang malahan adakalanya berbentuk metial dan sebagainya.
 Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi makna rasuah seperti “tumbuk rusuk” dan “makan suap”. Sejajar dengan perubahan masa dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah digunakan bagi menggambarkan pengertian rasuah seperti “wang kopi”, “undercounter payment” dan “duit pelincir.” Tidak dinafikan rasuah banyak mempengaruhi budaya dan mencemar adat masyakat pada masa kini.
            Kesimpulanya golongan saintis sosial berangapan pengenalan tentang rasuah dan pendidikan berkenaan dengannya haruslah diterapkan semasa individu berada di alam persekolah dan ianya akan berpanjangan sehinggalah memasuki alam perkerjaan.
Etika Perguruan.
            Matlamat utama pendidikan Malaysia adalah berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Aspek-aspek yang mendukung matlamat pendidikan di dala FPN ialah seperti berikut :
“Pelajaran di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.”
            Aspek utama yang perlu diutamakan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani,emosi,rohani,interlek dan sosial. Tidak dinafikan disini tanggungjawab seorang guru bukan hanya sebagai pengajar malahan ianya perlu mencakupi setiap aspek membentukan generasi masa depan yang berilmu dan berakhlak untuk pembangunan bangsa dan negara.
            Bagi merealisasikan Falsafah Pendidkan Negara, para guru perlu sedar bahawa mereka sebenarnya memikul satu tanggungjawab yang besar. Guru bukan saya perlu mempertingkatkan profesionalisma mereka malahan guru juga perlu peka dengan perubahan-perubahan yang melanda dalam dunia pendidikan masa kini. Pada amnya, guru-guru perlu berkemahiran dan pakar dalam semua aspek dan bidang. Guru-guru bukan sahaja memperkembangankan kemahiran dengan ilmu pengetahuan sahaja malahan juga mencakupi disiplin, sikap dan tingkah laku untuk menjaga nama profesion perguruan itu sendiri.
            Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sehingga 30 Jun 2008 seramai 118,380 guru lelaki yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah manakala seramai 251,548 orang guru perempuan yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Tahun demi tahun terdapat peningkatan jumlah guru di seluruh negara, oleh yang demikian Kementerian Pelajaran sejak dari dahulu lagi berusaha memartabat profesion perguruan ini supaya menjadi satu profesion yang profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan bagi pembentukan tatasusila guru. Etika perguruan ini akan  menjadi satu panduan kepada guru dalam melaksanakan tugasan seharian sebagai guru.
            Keberkesaan Etika Profesion Perguruan adalah berkait rapat dengan usaha gigih guru-guru dalam memartabatkan profesion perguruan itu sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan pendekatan yang digunakan oleh guru didalam kelas membantu mempengaruhi tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar. Mutu pengajaran yang berkesan dengan personaliti guru yang jitu sedikit sebanyak mempengaruhi iklim tingkah laku pelajar.
Kod Etika Profesion Perguruan
  1. Seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
  2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
  3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
  4. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
  5. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya.
  6. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran unutk semua murid tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaaan.
  7. Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat.
  8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
  9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan murid-muridnya dan memendu mereka memperkembangankan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.
  10. Dia harus menghormati hak tiap-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
  11. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
  12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid, masyarakat awam dan negara.
  13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.
  14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.
  15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa suapaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-murid.
  16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
  17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
  18. Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap murid-muridnya.
  19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya.
  20. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
  21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan).
  22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

Prinsip-prinsip Etika Perguruan
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-
1. Niat yang betul
2. Perlakuan yang baik
3. Pengerak ke arah kebaikan
4. Memperkotakan apa yang dikatakan
5. Berdisiplin dan beradab
6. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
Kepentingan Etika Perguruan
            Etika kerja adalah nilai-nilai penting yang perlu dilaksanakan dalam sesebuah organisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga tidak terkecuali mempunyai Etika kerja sendiri.  Takrif yang diberikan oleh KPM tentang Etika Kerja Perguruaan ialah Etika Kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga KPM berlandaskan nilai-nilai ahklak yang mulia.
            Kepentingan etika kerja perguruan dapat memartabat profesion perguruan itu sendiri. Kod etika perguruan dianggap penting kerana :
  1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Ianya sebagai penduan dan juga sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
  2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ianya juga membantu guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
  3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Perbezaan ini memberi guru-guru menilai dan  melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
  4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
  5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ianya dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
  6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi. (INTAN, 1991).
Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod etika perguruan dan prinsip-prinsip etika ini, sedikit sebanyak menjadi guru-guru sebagai role –model kepada pelajar. Senario ini mempengaruhi etika pelajar dan membantu pembentukan modal insan pada masa akan datang. Kesimpulannya melalui pemerhatian pelajar terhadap guru menjadikan pelajar berkenaan lebih berdisiplin dan beretika. Tingkah laku guru yang berdisiplin dan terikat dengan garis panduan Etika Perguruan membantu memperkembangan potensi pelajar ke arah satu pembentukan individu yang berjaya dan menjadikan pelajar lebih cenderung kepada melakukan perkara-perkara yang positif.
Memupuk Etika Kerja
            Memasuki alam perkerjaan adalah satu pengalaman yang baru daripada alam pembelajaran di sekolah atau di institusi pengajian tinggi. Alam pekerjaaan mungkin menjadi pengalaman yang berbeza sekiranya individu tidak mendalami etika kerja profesion yang diceburinya. Individu yang baru menceburi bidang pekerjaan perlulah memupuk nilai murni, disiplin dan etika kerja yang baik. Individu perlu juga tahu teras dan ciri dalam etika kerja profesional. Antara teras dan ciri-ciri yang perlu dipupuk setelah memasuki perkerjaan antaranya :
 1.Cemerlang
Seorang yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja dengan sambil lewa. Kerja dan tugas sehariannya tidak akan dianggap sebagai satu bebanan atau sebagai satu rutin yang membosankan. Kerja yang perlu dilaksanakannya akan dilakukannya dengan bersungguh-sungguh, tidak sekadar "melepaskan batuk di tangga". Prestasi kerjanya akan sentiasa tinggi. Jika dia menemui kesulitan semasa melaksanakan tugasnya, dia akan terus berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu. Dia tidak mudah patah hati atau mengaku kalah. Bagi mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu mesti ada disiplin diri. Mereka yang mempunyai displin diri boleh bekerja dengan baik dalam semua keadaan.
Motivasi yang tinggi melahirkan pencapaian yang cemerlang. Guru-guru permulaan ini menghadapi cabaran-cabaran yang pelbagai dalam proses pengujian dan penilaian terhadap hasil kerja pelajar. Ini adalah disebabkan oleh pengetahuan guru-guru permulaan berkaitan dengan ilmu pengujian dan penilaian adalah terlalu cetek. Kajian menunjukkan guru-guru permulaan mempunyai keinginan yang tinggi dalam penilaian pelajar tetapi mereka kurang yakin untuk memberi markah dan gred yang setimpal dengan hasil kerja pelajar. Mereka terkeliru untuk meletakkan jumlah markah terutama soalan berbentuk subjektif. Guru-guru permulaan juga merasa tidak selesa kerana terpaksa menyemak latihan murid yang banyak. Apatah lagi jika bilangan murid ramai dalam sesebuah kelas. Pelajar-pelajar juga sering mempertingkaikan gred dan markah yang diberikan oleh guru-guru permulaan. Pelajar merasa kurang yakin kerana mereka guru baru. Selalunya guru-guru permulaan lebih suka memberi markah dan gred yang cemerlang kepada pelajarnya kerana mengharapkan mereka akan disenangi dan popular di kalangan pelajar.
Selain dari menyemak, menilai, menguji dan mewujudkan hubungan mesra kepada para pelajar, guru-guru permulaan ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus persekitaran fizikal bilik darjah masing-masing. Kajian-kajian kes yang dijalankan telah memberi banyak maklumat tentang cabaran yang dihadapi dalam mengurus bilik darjah. Ada sesetengah dari guru permulaan bertungkus-lumus menghiaskan dan menguruskan bilik darjah tetapi ada juga yang langsung tidak diberikan bilik darjah. Tetapi mereka ini diminta bergerak dari satu kelas ke kelas yang lain. Cabaran-cabaran pengurusan kelas seperti pengawalan kelas, menetapkan peraturan kelas, masalah pemantauan kesalahan disiplin pelajar, kebersihan dan keceriaan bilik darjah  serta menjaga kebajikan pelajar. Semua ini memerlukan pelan tindakan yang sistematik dan strategic , apatah lagi bagi sekolah-sekolah yang masuk bertanding dalam pertandingan 3K (Keselamatan, kebersihan dan keceriaan), sekolah harapan negara, sekolah cluster dan lain-lain pertandingan. Guru-guru permulaan perlu kuasai ilmu dan kemahiran di dalam tatahias dalaman kelasnya supaya dirinya memberi sumbangan yang bermakna kepada organisasi. Dapatan kajian Lourdusamy dan Tan (1992) merujuk kepada suatu tinjauan yang mendapati bahawa guru tidak dapat mengawal masalah yang dihadapi dalam kelas seperti masalah kesukaran mengawal pelajar, masalah pelajar bersikap negatif, masalah pelajar tidak berminat belajar, pasif dan gagal memahami pelajaran yang diajar menyebabkan guru mengambil pendirian ''tidak peduli.'' Chiam (2004) berpendapat bahawa terdapat perkaitan antara ketidak berkesanannya pengajaran guru dengan ponteng dalam kalangan pelajar.

2. Sikap Berinisiatif
Pekerja yang mempunyai sikap berinisiatif adalah mereka yang melakukan usaha atau sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu kerja itu perlu dilakukan dengan tekun dan teliti untuk mengelakkanberlakunya kesilapan. Kesilapan dalam melakukan pekerjaan memanglah boleh dimaafkan tetapi jika dilakukan berulang kali akan menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang lain.
Setiap pekerja mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang-bidang yang mereka ceburi. Oleh itu mereka yang beretika dalam kerjanya akan sentiasa giat berusaha untuk mengembangkan syarikat di mana mereka bekerja.Contohnya dalam bidang perniagaan pekerja akan berusaha untuk mengembangkan perniagaan syarikat dalam bidang baru seperti keluaran atau perkhidmatan yang baru.
Penguasaan yang cemerlang dalam memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada pelajar, berkemampuan yang tinggi untuk membina rappo yang baik bersama pelajar dalam bilik darjah membantu guru-guru menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dalam karier mereka. Hubungan yang baik bersama pelajar  di bilik darjah menjadi titik permulaan kepada hubungan guru dengan ibu bapa dan masyarakat setempat. Pelajar-pelajar akan menjadi duta kecil dalam menyebarluaskan cerita-cerita kehebatan guru-guru permulaan kepada masyarakat dan komuniti setempat. Berita yang baik berkaitan kualiti pengajaran dan personality guru menjadi satu tarikan kepada masyarakat setempat untuk ke arah pengwujudan jaringan yang mantap melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Guru-guru permulaan tidak boleh mencipta kejayaan dalam profesion jika keadaan sebaliknya berlaku.

Kajian-kajian yang telah dijalankan mendedahkan bahawa guru-guru memerlukan bimbingan yang berterusan di tempat kerja (Mohammed Sani, 2002). Bagi membina keyakinan diri dan peningkatkan profesionalisma diri dan kerjaya, tugas membimbing ini perlulah dimulakan di dalam organisasi di mana guru-guru ini bertugas. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa hanya 30% sahaja daripada kalangan pentadbir yang mengambil berat terhadap perkembangan profesionalisma guru-guru (Mohammed Sani, 2002) dan 95% guru-guru siswazah yang ditempatkan di sekolah-sekolah rendah di bawah program KPLI tidak berpeluang mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan bagi meningkatkan tahap pengajaran mereka masing-masing. (Mohammad Sani, 2005). Pendek kata, dalam memartabatkan profesion keguruan, semua pihak perlu digemblengkan tenaga dan sama-sama menunjukkan minat yang tinggi dalam membantu guru-guru permulaan meningkatkan kualiti diri dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru perlu mengubah sikap dan sentiasa berusaha dan menyedari bahawa untuk menjadi seorang guru yang berwibawa dan berketrampilan memerlukan usaha-usaha yang berlipat ganda yang datang dari diri guru itu sendiri, di samping dibantu oleh faktor-faktor persekitaran

3. Berniat
Orang yang tidak mempunyai niat yang betul semasa bekerja tidak akan bekerja dengan baik. Orang itu tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja yang dilakukannya. Ramai orang yang bekerja tetapi tidak faham atau mengerti
kenapa mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup. Berkerja bukan hanya untuk menyara hidup semata mata malahan ianya berlulah merangkumi pelbagai niat dan tujuan supaya perkerjaan yang dilakukan itu secara ikhlas dan tidak seperti menunjuk-nunjuk. Pekerja perlulah meletakkan matlamat dalam perkerjaan untuk mencapai tujuan atau niat yang lelah diazamkan.

4. Bertanggungjawab dengan masyarakat
Etika kerja profesional turut menekankan tanggungjawab terhadap masyarakat. Tidak wajar mementingkan kepentingan sendiri semata-mata tanpa memikirkan akibat pekerjaan tersebut kepada masyarakat. Tidak kiralah dalam kerjaya dan bidang apa sekalipun tanggungjawab terhadap masyarakat amat penting kerana profesonalima adakalanya di nilai oleh masyarakat itu sendir. Contohnya dalam kerjaya seorang doktor , sekiranya seorang doktor yang tidak beretika dalam menjalankan tugas, masyarakat akan beranggapan kerjaya seorang doktor itu adalah antara kerjaya yang tidak bermoral. “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.
Amanah Dalam Kerja
Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi masyarakat atau pekerjaan. Jika sebuah institusi mempunyai  seseorang pekerja atau pegawai tidak mempunyai sifat amanah, segala urusan tidak akan berjalan sempurna dan membawa kepada kehancuran institusi atau syarikat tersebut.
Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi dan wawasan negara dalam mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan di negara kita ini. Kejayaan dan keberkesanan seorang guru dalam merealisasikan aspirasi dan wawasan negara tadi terletak pada tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi mereka. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah.
Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta  tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah S.W.T. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling hormat-menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif.
Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada  seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahui keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Hasilnya bukan hanya ilmu pengetahuan yang berjaya diperoleh mereka, bahkan nilai-nilai murni yang dapat membentuk mereka menjadi seorang insan yang berguna serta dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.
Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Tanggungjawab guru pada abad ke-21 ini lebih mencabar berbanding guru pada dekad sebelumnya. Cabaran daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan ICT menuntut semua insan yang bergelar guru terus gigih berusaha bagi menghasilkan anak didik yang mempunyai jati diri, berakhlak mulia dan mampu bersaing pada peringkat tempatan dan global.
Hakikatnya, guru berkualiti berkemampuan untuk merealisasikan aspirasi ini menerusi pengajarannya yang berkesan, kepemimpinannya yang memberi teladan dan integriti keperibadiannya. Sebagaimana yang telah kita maklum, peranan guru bukan sahaja mengajar subjek yang mereka ditugaskan mengajar, tetapi juga mendidik minda dan membina sahsiah pelajar. Masa hadapan pelajar, malah masa hadapan bangsa dan Negara adalah ditentukan oleh corak didikan yang disemai oleh guru-guru pada hari ini. Peranan guru sebagai jurutera sosial dan agen perubahan minda adalah sangat dituntut demi mencapai wawasan negara khasnya dalam era revolusi maklumat dan teknologi masa kini. Selain menjalankan tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat. 
Di dalam sebuah masyarakat yang sedang membangun, guru juga diharapkan menjadi agen pembangunan bagi masyarakatnya. Guru sentiasa berusaha menanam sikap, nilai dan ilmu pengetahuan kepada generasi baru kea rah yang ingin dibentuk oleh masyarakat. Biasanya guru diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut :

  1. Kaedah mengajar, keilmuan dan kepakaran dalam sesuatu pelajaran sekolah.
  2. Kawalan sosial di sekolah.
  3. Kawalan disiplin murid dan menentukan ganjaran atau denda mengikut garis panduan sekolah.
  4. Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid.
  5. Pengelolaan gerakerja kokurikulum.
  6. Pembimbing kepada murid, khasnya pemilihan kerjaya dan bidang pengajian pengkhususan.

Sifat amanah dalam kerja yang telah diamanahkan tentunya akan menghasilkan nilai-nilai keperibadian seorang pekerja yang baik. Peranan ketua-ketua bahagian atau majikan amat penting dalam membanteras gejala tidak amanah dalam kerja. Pekerja-pekerja seharusnya patuh kepada arahan yang diberi dan melaksanakan tugas itu dengan baik. Sifat ini bukan hanya melanda pekerja biasa sahaja, malah tidak kurang juga majikan atau ketua sendiri yang mengamalkan sifat tidak amanah ini.
Komited Terhadap Kerjaya.
Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya yang diceburinya. Komited yang dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh terhadap apa yang dilakukan. Sifat komited ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja atau khidmat yang cemerlang.
Kerja yang dilakukan mestilah sentiasa mencari peluang-peluang untuk meraih kecemerlangan dalam kerja.  Komited dan bersungguh-sungguh dengan apa yang dibuat mampu menjadikan seseorang itu lebih berjaya dan cemerlang.

7. Akhlak
Akhlak merupakan teras pembentukan etika kerja professional. Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang pekerja mahupun ketua menjadi lambang ketinggian peribadi dan kualiti individu terbabit. Apalah gunanya seorang yang berpendidikan dan pangkat yang tinggi dan kemudiannya menjawat pekerjaan yang bagus jika berakhlak buruk. Akhlak buruk di sini contohnya mengamalkan rasuah, dasar pilih kasih dalam kerja, dan tidak komited dalam kerja. Keperibadian yang baik dan akhlak yang mulia menjadi sesorang itu dipandang mulia dan berkedudukan.
8. Jujur
Di dalam pekerjaan, sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan yang sihat di antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama pelanggan atau pun orang yang berurusan di dalam pekerjaan tersebut. Sifat jujur dan benar dapat membendung segala perasaan syak wasangka dan tipu daya atau pun dusta. Sifat kejujuran pelu ada dalam setiap individu yang memasuki alam pekerjaan.
9. Bersyukur
Bersyukur adalah susulan kepada kejayaan-kejayaan dan keuntungan yang diperoleh hasil sesuatu pekerjaan. Harus diingat bahawa kejayaan yang diperoleh adalah nikmat kurniaan Allah. Kewajipan bersyukur dinyatakan oleh Allahdalam firman-Nya yang bermaksud :
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu; Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya azab-Ku amatlah keras"
(Surah Ibrahim Ayat 7)
Menjadi lumrah manusia, apabila ditimpa kesusahan mereka tabah menghadapinya dan keimanan mereka pada masa ini kuat sekali. Namun apabila memperoleh pangkat dan kesenangan, mereka lupa diri dan Tuhan. Inilah yang dinamakan ‘Kufur Nikmat’. Harus diingat bahawa Allah boleh menarik balik nikmat yang telah dikurniakankepada hambaNya.
Termasuk dalam golongan yang kufur nikmat ialah orang yang mengamalkan rasuah di dalam pekerjaan. Orang yang mengamalkan rasuah seolah-olah tidak bersyukur dan berasa cukup dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Rasuah dilakukan untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya dan menguntungkan kedua-dua pihak (pemberi dan penerima rasuah) dengan cara yang mudah tetapi menyalahi undang-undang dalam bentuk imbuhan. Imbuhan rasuahpada masa kini berbentuk wang, saham, wanita cantik dan apa jua yang diatas nama sebagai hadiah.
Amalan rasuah akan melumpuhkan ekonomi negara kerana yang kaya bertambah kaya manakala yang miskin semakin terbiar. Islam dengan tegas melarang perbuatan rasuah kerana ia tergolong dalam dosa-dosa besar.
10. Pengurusan Masa
Dalam menjalani pekerjaan, amat perlu dititikberatkan soal pengurusan masa kerana salah satu faktor kejayaan dalam pekerjaan adalah pengurusan masa yang berkesan. Pengurusan masa yang cekap dapat membantu meringankan beban tugas di samping memudahkan segala urusan kerja.
Semasa bekerja kita telah diperuntukkan waktu rehat yang secukupnya oleh majikan. Dalam masa yang agak singkat inilah kita perlu bijak memanfaatkan masa untuk makan, sembahyang dan berehat. Kadangkala kita terlalu asyik berbualbual bersama rakan-rakan sekerja sambil menikmati hidangan sehingga terlupa untuk menunaikan solat. Walhal waktu rehat tersebut jika bijak diuruskan sudah semestinya amat mencukupi untuk kita berehat dan beribadat dengan selesa.
11. Menilai Diri (Muhasabah)
Muhasabah bermaksud menilai diri, menghitung kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan. Kita perlu menghisap diri di waktu malam tentang apa yang telah kita lakukan sepanjang hari terutama dalam pekerjaan. Kita perlu menghisap diri di hujung minggu tentang apa yang telah kita laksanakan sepanjang minggu. Dan seterusnya kita perlu menghisap diri di akhir tahun untuk mempastikan apa sebenarnya yang telah kita lakukan (untuk diri kita, keluarga kita, bangsa kita, negara kita, agama kita) di sepanjang tahun.
Muhasabah ini tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada bangsa dan negara melainkan seorang itu menyedari bahawa dia ada peranan dan kewajipan sebagai anggota masyarakat. Jika muhasabah atau penilaian semula itu hanya setakat mengukur kejayaan diri secara sempit, tanpa mengambil kira sumbangan yang telah dapat dicurahkan kepada sanak saudara, kepada masyarakat setempat, kepada bangsa dan negara, kepada agamanya, ia belum lagi mencapai maksud sebenar.
7.Peranan Pendidikan Dalam Menangani Rasuah
            Pendidikan adalah salah satu medium perantaaran yang dapat mendedahkan tentang kepentingan dalam menangani gejala rasuah dalam masyarakat. Intititusi pendidikan menjadi wadah penyampaian kepada pelajar-pelajar berkenaan dengan gejala rasuah ini. Pelajar-pelajar mungkin mempunyai gambaran dan pengetahuan tentang isu rasuah, ianya boleh didalami lagi dengan adanya pendekatan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau melalui pencari mereka untuk menyiapkan sesuatu kerja kursus yang diberikan
            Kementerian Pelajaran Malaysia tidak pernah mengabaikan tentang kepentingan pendidikan rasuah ini. Ini dapat dibuktikan dengan adanya Surat Pekeliling Iktisas Bil 17/1998 Memasukkan Elemen Pencegahann Rasuah Dalam Pendidikan Sekolah Dan Intitusi Pengajian Tinggi bertarikh 14 Ogos 2008. Tujuan Surat Pekeliling ini dikeluarkan agar setiap sekolah dan intitusi pengajian tinggi perlu memasukan elemen rasuah dalam kurikulum seperti mana yang telah dipersetujui dalam MesyuaratJawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan Bil.2/98.
            Dalam perkara dua yang dinyatakan dalam pekeliling iktisas ini ialah untuk meningkat dan mengukuhkan usaha penerapan nilai-nilai murni di kalangan pelajar bagi mencegah gejala rasuah dan lain-lain salah laku. Sekolah-sekolah hendaklah mengambil langkah-langkah seperti berikut:
i. Memperkukuhkan penerapan nilai-nilai murni merentas kurikulum melalui
pengajaran dan pembelajaran setiap mata pelajaran;
ii. Memperkemas dan memperkukuhkan mata pelajaran Pendidikan Islam
dan Pendidikan Moral;
iii. Memasukkan tajuk-tajuk khusus mengenai keburukan rasuah dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu (peringkat menengah atas). Tajuk-tajuk yang boleh
dibincangkan adalah seperti berikut:
a. Definisi dan tafsiran rasuah;
b. Jenis-jenis rasuah dan punca rasuah;
c. Bahaya rasuah kepada diri, masyarakat dan negara;
d. Cara-cara menangani gejala rasuah;
e. Kesalahan dan hukuman rasuah.
Tajuk-tajuk ini boleh dikendalikan dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
·         Memperkukuhkan penanaman nilai-nilai murni dan pencegahan sebarang salah laku melalui kegiatan kokurikulum;
·         Menentukan setiap guru di sekolah menjadi "role model" yang baik dan segi amalan dan tingkah laku untuk dicontohi oleh pelajar.
            Kini elemen rasuah telah diserapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di dalam matapelajaran Pendidikan Sivik Dan Kenegaraan Tingkatan 4. Dalam matapelajaran ini pelajar-pelajar lebih ditekankan dengan lebih terpeinci lagi berkenaan dengan etika dan elemen rasuah. Topik yang membincangankan hal-hal ini ialah topik Cabaran Masa Depan. Ianya merangkumi sub-sub topik yang menekankan tentang membina budaya kerja yang cemerlang ke arah kemakmuran negara dari segi etika kerja dan rasuah sifar. Guru-guru akan mengadakan aktiviti yang sesuai berkenaan dengan sub topik yang diberikan dan aktiviti ini dapat memberi peluang kepada pelajar mengetahui lebih lanjut  tentang gejala rasuah dan etika kerja.
            Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Badan Pencegahan Rasuah saling berkerjasama bagi memastikan pelajar-pelajar di sekolah memahami tentang bahaya jenayah rasuah. Menurut Ahmad Khusairi Bin Yahya Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu Pejabat BPR  dalam artikalnya bertajuk Melahirkan Generasi Muda Benci Rasuah menyatakan  Langkah pertama dianjurkan Kementerian Pelajaran ialah memperkenalkan dasar penerapan elemen pendidikan pencegahan rasuah dalam kurikulum di peringkat menengah dan institusi pengajian tinggi iaitu memasukkan elemen berkenaan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam. Ini bermakna KPM bersungguh-sungguh dan serius dalam melaksanakan penerapan elemen pencegahan rasuah ini di dalam bidang pendidikan.
            Kerjasama antara BPR dan KPM tidak terhenti di situ, banyak seminar dan bengkel yang dianjurkan kepada pengurusan sekolah dan guru-guru bagi penerapan elemen rasuah ini. Bermula 2002, seramai 969 guru kaunseling sekolah menengah dari seluruh negara dipilih mengikuti Seminar Peranan Kaunselor Dalam Pendidikan Pencegahan Rasuah di Peringkat Sekolah. Bukan sahaja guru kaunselor didedahkan dengan elemen pencegahan rasuah ini , malahan pentadbir sekolah terdiri daripada pengetua dan guru besar turut mengikuti seminar berkenaan. Pada 2003, 340 pengetua telah dipilih mengikuti seminar yang sama, manakala 500 pengetua dan guru besar mengikuti program yang sama. Kempen pendidikan pencegahan rasuah diperingkat sekolah ini diteruskan pada 2004 menerusi Bengkel Penerapan Elemen Antirasuah Dalam Pendidikan Sekolah yang dianjurkan Bahagaian Pendidikan Masyarakat BPR dan Pusat Perkembangan Kukurikulum, Kementerian Pelajaran. Seramai 382 guru yang terdiri daripada jemaah Nazir Sekolah, pensyarah maktab perguruan, pegawai Jabatan Pelajaran negeri dan guru pakar Pendidikan Moral, telah mengikutinya. Pelajar sekolah juga mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh KPM dan BPR antara aktiviti yang dianjurkan antaranya mengarang esei bagi pelajar sekolah menengah dan pertandingan pidato dan perbahasan berkenaan dengan  pencegahan gejala rasuah.
7.1 Kepentingan Pendidikan Rasuah
Hasil daripada bengkel dan seminar yang dianjurkan banyak pandangan dan dapatan yang dirumuskan oleh peserta-peserta bengkel dan seminar mengenai elemen pencegahan rasuah diserapkan dalam kurikulum sekolah. Antara faedah-faedah yang dinyatakan antaranya:-
1.      Meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kesedaran guru berhubung kesalahan rasuah dari segi teori dan praktikal.
2.      Menyediakan ruang dan peluang untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan berhubung tatacara menerapkan elemen antirasuah dalam kurikulum pendidikan.
3.      Memberi peluang guru bertanyakan soalan, permasalahan dan kemusykilan berhubung kesalahan rasuah dan mendapat maklumat tepat daripada pegawai BPR.
4.      Forum untuk menjalinkan hubungan silaturrahim antara pendidik dengan pegawai BPR serta saling bertukar maklumat.
5.      Memberikan keyakinan kepada guru untuk menyampaikan maklumat berhubung kesalahan rasuah kepada pelajar.
6.      Memperolehi bahan rujukan dan risalah bercetak sebagai maklumat tambahan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Faedah-faedah yang dinyatakan tadi, sedikit sebanyak ianya memberi gambaran yang menyeluruh kepada guru-guru berkenaan dengan gejala rasuah. Guru-guru jugu dapat menyalurkan maklumat yang tepat dan betul dengan adanya pengetahuan tentang permasalahan gejala rasuah ini. Guru-guru juga menegtahui betapa peripentingnya menyampaikan pendidikan tentang rasuah kepada pelajar-pelajar kerana ianya merosakkan identiti masyarakat itu sendiri.
Jenayah etika merupakan suatu isu hangat yang sering diperkatakan.Antarannya iaitu perbuatan rasuah.Rasuah ditakrifkan sebagai suatu pemberian yang dberikan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu yang salah dan menyalahi etika serta undang-undang.
            Pelbagai persoalan yang timbul disebalik masalah sosiol yang semakin berleluasa sehinggan kini bermula di peringkat rendah sehinggalah kealam pekerjaan.Nilai-nilai etika yang semakin hilang yang mana suatu ketika dahulu dipelihara dengan baik hilang di bawa arus kemodenan.
            Pendidikan etika bertujuan untuk melahirkan individu yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara dari segi intelek,rohani,jasamani dan emosi.Bertepatan dengan kehendak tugasan ni,hubungan pendidikan etika dengan amalan rasuah,maka etika yang diterapkan dari alam persekolahan akan dibawa kepada kehidupan yang kian mencabar bagi mengelakkan gejala-gejala yang tidak sihat melanda diri individu nanti.Sekiranya individu tersebut berakhlak mulia dan beretika mereka boleh menghindarkan diri dari etika salahlaku pada masa akan datang.
            Keinginan atau kemahuan seseorang yang tidak terbatas itu adalah suatu naluri yang sentiasa ada pada kita sebagai insan biasa.Contohya,inginkan kereta besar,rumah besar,pakaian mahal dan sebagainya.Namun begitu jika dalam diri mereka telah tertanam etika yang mulia semenjak perigkat sekolah sedikit sebanyak dapat mengelakkan mereka dari terlibat dengan amalan rasuah yang  sememangnya merupakan jalan penyelesaian yang mudah untuk mendapatkan sesutu yang diinginkan.Pendidkan beretiaka semenjak di alam persekolahan merupakan penghalang bagi mereka terjerumus kepada  kancah sosial yang tidak  bermoral.
            Namun begiti amalan rasuah masih berlaku di peringkat rendah lagi umpamanya murid-murid yang akan menduduki peperiksaan contohnya UPSR telah ditawarkan sejumlah wang atau hadiah yang lumayan oleh pihak-pihak tertentu samada guru,ibubapa ataupun daripada badan-badan tertentu dalam masyrarakat.Amalan ni terbawa-bawa sehingga alam pekerjaan.Bagi murid tersebut pemberian tersebut merupakan satu ganjaran yang besar nilainya.Sedangkan disebalik pemberian tersebut mengandungi nilai-nilai yang kurang baik dan tidak beretika  yang patut diamalkan.
            Jelas sekali,apabila  menjejaki kaki ke alam pekerjaan,bayak lagi berlakunya jenayah etika yang kian melanda masyarakat hari ni.Arus kemodenan pada hari ni menuntut mereka melakukan aktivti tidah sihat contohnya,penyalahgunaan teknologi yang kita kecapi masa kini.Ada pihak yang menyalahgunakan kemajuan teknologi untuk amalan jenayah seperti ‘money launering’ serata dunia melalui kad kredit via komputer dan sebagainya.
            Pendidikan beretika yang telah diterapkan semenjak diperingkat sekaolah rendah hingga keperingkat universiti menanamkan sikap jujur,amanah,bertanggungjawab dan sebagainya,merupakan halangan bagi mereka untuk melakukan jenayah etika yang seringkali kita dengar melalui media massa dan media elektronik. Keperluan pendidikan beretika merupakan penawar untuk menghindarkan gejala rasuah yang boleh menberi kesan kepada negara,masyarakat,keluarga serta individu.
Pendidikan beretika bertujuan untuk mengawal tingkahlaku para professional supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini tidaklah dinafikan bahawa etika kerja professional memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya.
Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu melangkaui etika professional. Ini kerana terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang dibuatnya. Oleh itu, faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama, budaya kerja dan lain-lain perlu diambil kira supaya mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang sentiasa mendorong seseorang individu melakukan sesuatu yang hanya mendatangkan faedah dan kebaikan semua pihak.
Melalui pendidikan yang beretika dan mempraktikkanya ke arah nilai yang baik, maka ianya tentu sekali dapat mengawal tingkah laku seseorang. Amalan rasuah yang berlaku perlu dibenteras daripada  semakin berleluasa kerana ianya adalah satu amalan yang patut dijauhi dan perlu dihindari.Sungguhpun rasuah merupakanperbuatan yang bertentangan dengan nilai etika,namun ia massih dilakukan oleh segelintir manusia yang inginkan kemewahan secara cepat dan mudah.Dalam jenayah rasuah ini,jalan penyelesaian yang paling berkesan ialah menpunyai pegangan agama yang kukuh.
Akhir kata, gerak gempur pendidikan pendidikan iaitu menanam semangat kerohanian dan daya ketahanan yang kuat dan tanggungjawab sosiol mestilah diteruskan.Agar kita menbangun dalam keadaan yang seimbang.

Kesimpulan
Etika membentuk satu tingkah laku yang positif dan mampu memperbaiki potensi sesetengah individu pada satu-satu masa. Sekiranya prinsip dan disiplin sering kali diikuti ianya membantu individu berkenaan melangkah lebih jauh tidak kira dalam apa jua bidang sekali pun.
Etika kerja yang digariskan bukan untuk membebankan individu, ianya membantu setiap individu dalam bidang tertentu untuk lebih komited dan memupuk akautebiliti dalam menjalankan sesuatu kerja yang dijalankan. Ini dapat dihuraikan dengan adanya Kod Etika Perguruan, kod ini bukan untuk membebankan guru-guru malahan ianya menjadi satu kayu ukur bagi guru-guru memperbaiki tatasusila dan tingah laku sebagai penjawat awam.
Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para profesional supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Ini tidak dinafikan bahawa etika kerja professional memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya. Namun etika kerja ini perlu mempunyai mekanisma yang tersendiri bagi mengawal tingkah laku individu yang banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor kendiri, persekitaran dan sebagainya.
Etika ini juga perlu bertitik tolak dengan konsep pendidikan yang dijalankan di rumah, di sekolah ataupun pusat pengajian tinggi. Corak pendidikan dan pendekatan yang digunakan dapat mempengaruhi individu lebih beretika dan bertanggungjawab dalam tugasan yang diberikan. Pendidikan perlulah menjadi satu wadah pembentukan modal insan bagi melahirkan generasi yang bermoral dan beretika. Ajaran agama juga penting dan ianya antara tunjang utama pembentukan individu yang berjaya dan cemerlang. Masalah-masalah yang tidak bermoral seperti gejala rasuah dapat diatasi dengan pendedahan yang tepat dan betul tentang tingkah laku yang tidak bermoral.
Hilang akauntebiliti dan intergriti dalam organisasi juga menyumbang kepada permasalahan etika. Kerjasama dan kerja berpasukan hendaklah dipupuk dalam organisasi bagi memupuk satu budaya kerja yang komprehensif dan berdaya saing antara satu sama lain. Sikap mementingkan diri sendiri haruslah dibuang dan hindakan bagi menjaga nama baik organisasi dan masyarakat amnya. Pelakuan yang tidak bermoral yang ditunjukkan contohnya rasuah ini perlu dihakis supaya ianya tidak merebak kepada generasi akan datang.
Kepentingan etika ini kini menjadi penting dan perlu difamahi dan dipelajari oleh setiap individu. Masyarakat kini sudah peka dan perihatin tentang permasalahan yang berlaku melibatkan etika dan perbuatan yang tidak bermoral. “Tepuk dada tanyalah selera atau tepuk dada tanyalah iman” ini semuanya tertakluk kepada induvidu itu sendiri. Panduan dan prinsip-prinsip tentang etika telah digariskan dan dirangka, sekiranya individu berkenaan tidak berubah ini bermakna kod etika yang dirangka hanya sekadar diatas kertas sahaja dan ianya tidak diperakui oleh setiap individu.
Bertepatanlah dengan Firman Allah “ Aku tidak mengubah sesuatu kaum itu, sekiranya kaum itu tidak mengubah dirinya sendiri”. Ini bermakna setiap individu perlu mengubah paradigma untuk menjadikan diri seorang yang beretika, bermoral, berilmu dan beramal.
9. Cadangan
Cadangan berkenaan dengan etika ini dapat dihuraikan kepada dua bentuk iaitu alam pengajian dan alam pekerjaan.
Di dalam alam pengajian cadangan supaya diadakan penekanan yang  lebih kepada isu-isu yang tidak bermoral dan tidak beretika. Contohnya di sekolah disiplin yang dirangka di sekolah mampu mengelak pelajar-pelajar ini daripada berlakuan yang tidak bermoral. Sekolah kini tak menyelaraskan disiplin dan undang di sekolah. Ada kadang kalanya ianya hanya sebuah buku disiplin  sahaja dan perlaksaannya masih tidak mencukupi. Cadangan agar penetapan disiplin ini perlu diperbincangankan dan diselaraskan dahulu di semua sekolah Penyelarasan disiplin dianjurkan olen Jabatan Pengajaran Negeri dan digunapakai oleh negeri berkenaan serta dikawal selia oleh KPM. Dengan cara ini membentukan disiplin dan prinsip etika itu dapat dipupuk  dengan baik dengan pelarasan yang dibuat itu tadi.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) juga berjaya memasukkan elemen–elemen yang berkenaan dengan etika dan rasuah di dalam Pendidikan Sivik dan Kenegaraan, namun ianya hanya melibatkan satu bab sahaja dan aktiviti yang dicadangkan berkenaan dengan rasuah hanyalah gunting dan tampal gejala-gejala rasuah. Cadangan agar PPK lebih merangka satu aktiviti yang lebih mencabar contohnya membuat soal selidik ataupun kerja kursus yang melibatkan etika dan gejala rasuah. Walaubagaimanapun, penghargaan perlu diberikan kepada KPM dan PPK dalam mengenal pasti dan penerapan nilai-nilai etika dalam kurikulum sekolah kini.
            Dalam konteks alam perkerjaan pula, pendedahan tentang etika kerja kepada pekerja baru harus ditekankan. Penekanan yang lebih berkenaan dengan konsep intergriti dan akauntebiliti perlulah dititik beratkan oleh pihak majikan dan organisasi . Pengenalan tentang perkara ini dapat membantu dalam pembentukan satu pekerja yang beretika dan bertanggungjawab.

RUJUKAN
  1. Institut Tadbiran Awam Negara. (1994). Citra karya: falsafah, nilai dan etika dalam perkhidmatan awam. Kuala Lumpur: INTAN.
  2. Wan Sabri Wan Hussin (2004).Etika Dan Amalan Perniagaan.Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur
  3. Dr Mohammad Diah Jurini. (2003). Profesional Ethics
  4. Pusat Perkembangan Kurikulum, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kenegaraan Tingkatan 4
  5. Nota PTK Etika Kerja, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Bahagian Pembangunan Dan Kompetensi Penilaian KPM.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

Seni Hati Enterprise said...

salam cikgu nurul...minta copy ya..tq

jumariah said...

salam cikgu......
mohon izin untuk mendalami etika perguruan

AMFR said...

Asalammualaikum cikgu.saya nak minta izin untuk menjadi laman cikgu untuk menjadi rujukan saya.terima kasih cikgu

AMFR said...

Asalammualaikum cikgu.saya nak minta izin untuk menjadi laman cikgu untuk menjadi rujukan saya.terima kasih cikgu

Unknown said...

Asalammualaikum cikgu.saya nak minta izin untuk menjadi laman cikgu untuk menjadi rujukan saya.terima kasih cikgu

Post a Comment